PANITIA GEOGRAFI

KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID

Selamat Datang ke Blog Panitia Geografi KSAH.
         

Mengapa Anda Perlu Belajar Geografi?
 
        Geografi adalah ilmu tentang alam sekitar semula jadi dan ilmu tentang kehidupan manusia. Ia bukan sekadar mata pelajaran untuk lulus peperiksaan, tetapi adalah mata pelajaran untuk kehidupan seharian. Kandungan mata pelajaran Geografi KBSM masa kini merangkumi pengajaran & pembelajaran maklumat atau ilmu geografi disamping ilmu tentang penjagaan alam sekitar. Geografi menekankan kepentingan menjaga alam sekitar fizikal kerana ia adalah ruang habitat atau ruang kehidupan yang utama. Jika alam sekitar semula jadi  iaitu udara, tanah, air  telah musnah, ia akan mengancam kehidupan manusia dan haiwan.

    Kurangnya penekanan kepada pembelajaran Geografi masa kini, telah memperlihatkan kelahiran peneroka alam yang tidak peka kepada kesejahteraan ruang habitat ini. Akibatnya udara kini teruk tercemar, cuaca dan iklim mula berubah, sumber air bersih semakin berkurangan, sumber hutan dan haiwan semakin pupus. Keadaan ini telah menjejaskan kesejahteraan hidup manusia dan haiwan.

   Justeru semua pelajar perlu belajar Geografi supaya pada masa hadapan kesejahteraan alam sekitar yang menjadi habitat manusia dan haiwan terjaga.

.............................
    
PANDUAN BELAJAR GEOGRAFI

Ramai pelajar sering berkata: "geografi itu subjek yang susah. Baca berkali-kali tetapi masih sukar ingat dan faham".

Adakah anda meminati GEOGRAFI?

Jika jawapannya 'Ya!' jadikan minat sebagai titik mula ANDA melalui kehidupan persekolahan dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan penuh berkeyakinan.. 

Berikut adalah beberapa tips untuk cemerlang dalam geografi.
1.  Tanamkan minat terlebih dahulu dengan mata pelajaran geografi.
2.  Tumpukan perhatian semasa guru mengajar.
3.  Kalau tak faham, jangan malu, sila bertanya dengan guru.
4.  Buat ulangkaji di rumah selepas kembali dari sekolah.
5.  Buat nota ringkas kalau boleh dalam bentuk peta minda.
6.  Bagi yang melibatkan pengiraan pelajar kena buat banyak latihan  
misalnya dalam mengira waktu, bearing, jarak, luas, kecerunan dan yang lain- lain.
7.  Banyakkan membuat latih tubi topikal (ikut urutan topik).
8. Jadikan diri sendiri sebagai pelajar, guru dan pemeriksa @ minta  
bantuan guru untuk tolong periksa.
9. Akhir sekali jangan lupa berdoa dan bertawakkal kepada Tuhan agar 
          ilmu yang dipelajari, diberkati dan diberikan kita kejayaan.

Diposkan oleh : Guru Geografi KSAH.
Label: Panduan Belajar Geografi
 .................. .....................................................................

PANDUAN MENCATAT NOTA


Pengenalan
Nota adalah merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota perlu kerana anda tidak mampu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.
Mencatat nota adalah satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.
Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu.

Mengapa perlu Membuat nota ?
1. Semasa mencatat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik, dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar atau semasa sedang membaca.
2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah diipelajari daripada guru atau apa yang kita baca.
3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila terlupa.
4. Mencatat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan.
5. Nota membolehkan pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari.
6. Nota yang telah disediakan pada peringkat awal boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.
Nota daripada buku teks
Pelajar yang menganggap mencatat nota daripada buku teks hanya membuang masa , haruslah berfikir semula.
Mencatat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya. Misalnya:
1. Membantu pelajar memahami pelajaran
2. Berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan
3. Dapat melatih berfikir dapat meningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.
Berikut ada beberapa panduan di mana pelajar boleh menggunakannya untuk mencatat nota:
1. Buat persediaan yang lengkap-misalnya pen,pensil,kertas dan buku.
2. Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat.
3. Kenalpasti kata kunci. Gunakan formula [4 w + h]
What [Apa]
Why [kenapa]
When [bila]
Where [di mana]
How [bagaimana]

4. Catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan.
5. Lukiskan gambarajah atau carta yang sesuai.


Ciri-Ciri Nota Yang Baik
  1. Terdiri daripada isi-isi penting [utama].
  2. Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca.
  3. Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran.
  4. Catatkan isi-isi penting sahaja dengan menggunakan ayat sendiri.
  5. Gunakan dalam bentuk point, elakan menyalin ayat yang panjang.
  6. Kalau perlu gunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham.
  7. Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca
Contoh-Contoh Nota
  1. Peta Minda
  2. Carta
  3. Grafik